Tuesday, November 15, 2011

Memorandum kepada Jawantankuasa Pilihan Khas Parlimen ( PSC )


Antara kaedah-kaedah terbaik untuk memantapkan lagi sistem pilihan raya yang sedia ada ialah : 
1.     Kelayakan minimum
Ahli Parlimen merupakan wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menyampaikan pandangan    dan masalah rakyat. Kerajaan seharusnya mengenakan syarat  kelayakan minimum iaitu sekurang-kurangnya pemegang Ijazah Sarjana Muda  untuk menjadi Ahli Parlimen.  Ini disebabkan terdapat sesetengah  Ahli Parlimen tidak mempunyai kecekapan dan kewibawaan menjadi Ahli Parlimen. Mereka gagal melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen yang baik.

2.    Kesaksamaan 
Selepas Parlimen dan DUN dibubarkan, ahli parlimen dan  menteri-menteri akan kehilangan kedudukan mereka. Mereka tidak boleh menggunakan kapasiti  mereka sebagai PM atau ahli parlimen dalam urusan rasmi  kerajaan atau penggunaan jentera kerajaan untuk berkempen demi kepentingan parti . Sebab semasa parlimen atau DUN dibubarkan, parti BN bukan parti pemerintah lagi ,  menteri –menteri menjadi  orang biasa dan mereka tidak mempunyai kuasa memerintah.  Jika dijemput menghadiri  majlis- majlis kerajaan, mereka tidak boleh hadir atas kapasiti sebagai Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri atau Menteri lain.   

3.    Penggunaan no siri pada kertas undi
Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengundi, dan perlu mengundi. Undi adalah rahsia. Tetapi di Malaysia , undi boleh dikesan oleh pihak lain . Ini kerana setiap kertas undi ada no siri . Ini menjadi undi di Malaysia pada pilihan raya bukan sesuatu yang rahsia lagi, pihak berkuasa boleh menyemak  dengan senarai nama yang sedia ada .

4.    Kebebasan media
Media yang ada sekarang terutama TV station dikawal oleh kerajaan . Kerajaan menggunakan media ini untuk menyebar propaganda parti  mereka. Rakyat tidak menerima maklumat lengkap mengenai propaganda parti politik pembangkang lain. Sebagai pembayar cukai kepada kerajaan , rakyat berhak mengetahui situasi  sebenar  supaya membolehkan mereka membuat keputusan mengundi pihak yang disokong.

5.     Tempoh kempen & Permit Polis
Tempoh kempen pilihan raya harus dipanjangkan seperti termaktub dalam    Perlembagaan demi  mencapai keadilan. Permit polis harus diberikan kepada semua pihak parti politik di negara kita secara adil dan tidak harus bersifat 'double standard'  pada pilihan PRU 13 nanti. 

No comments: