Thursday, March 15, 2012

Peningkatan Budaya Songsang


Pada zaman teknologi canggih ini , setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih untuk membantu manusia memudahkan kerja harian mereka. Perkembangan teknologi memberikan impak yang besar dalam kehidupan harian manusia. Ia membawa kebaikan dan juga keburukan kepada manusia. Dari segi kebaikan, manusia tidak perlu bergerak 100% untuk melakukan sesuatu kerja seperti berkomunikasi atau berhubung dengan orang lain . Kerja-kerja sedemikian boleh dilakukan di hujung jari saja. Rutin harian manusia menjadi lebih efisien dan cepat berbanding zaman dulu. Dari segi keburukan, kehidupan sosial manusia terjejas kerana perkembangan teknologi. Tidak dapat dinafikan teknologi komunikasi memudahkan manusia berhubung melalui laman sosial seperti fb, twitter, blog dan yahoo messenger, tetapi  manusia akan hilang pertimbangan dalam memberikan perhatian sewajarnya terhadap fungsi kehidupan realiti mereka. Manusia memperuntukkan banyak masa melayari laman sosial sehingga mengabaikan pergaulan dengan ahli keluarga dan komuniti setempat.
Budaya songsang turut meningkat akibat tidak ada kawalan daripada pihak tertentu. Laman web yang menawarkan pelbagai kemudahan memuat turun video lucah, khidmat pelacuran , lesbian , gay , biseksual dan transgender mudah didapati di Internet. Pada zaman modern ini, kumpulan berkenaan berani mendedahkan secara terang-terangan bertindak mengumpul ahli-ahli baru melalui laman sosial. Selain mencari teman sejenis, kumpulan tersebut turut menganjurkan pertemuan dan mengadakan pelbagai program mempromosi seks bebas. Tidak dapat dinafikan bahawa jumlah “ LIKE “ dalam facebook bagi kumpulan seks bebas boleh mencecah  ribuan orang menyokong tindakan mereka. Ramai remaja  pada hari ini menjadi gay dan lesbian kerana perkembangan hormon yang tidak seimbang  dalam tubuh badannya. Masyarakat Malaysia tidak dapat menerima budaya songsang yang semakin berleluasa ini.
Peranan ibu-bapa adalah penting supaya anak-anak mereka berkelakuan baik dan tidak mudah terjerumus dalam aktiviti songsang ini. Naluri bermula pada peringkat awal iaitu ketika kanak-kanak berada pada sekolah rendah. Ibu-bapa seharusnya peka terhadap perkembangan awal  kanak-kanak  supaya perkembangan kanak-kanak adalah normal dan selari dengan tingkah laku dan seks jantina mereka. Jika ibu-bapa gagal mengawal tingkah laku anak-anak mereka, akan melahirkan golongan anak muda yang ‘ songsang’ tingkah laku yang semakin menjadi barah dalam masyarakat hari ini. Selain daripada peranan ibu-bapa , pihak polis seharusnya tidak berkompromi terhadap aktiviti –aktiviti yang menyalahi undang-undang negara seperti aktiviti seks songsang yang kawasan tumpuan di bandar besar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor.

Thursday, March 8, 2012

Ke arah negara yang berpendapatan tinggi


Pengumuman pembatalan pelaksanaan SBPA dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia ( SSM ) dengan beberapa penambahbaikan  untuk pelarasan gaji yang lebih adil  adalah sesuatu tindakan yang bijak dan disambut baik oleh 1.4 juta penjawat awam di Malaysia.

Di negara maju mahupun negara membangun seperti Singapura, skim gaji kakitangan awam adalah lebih tinggi daripada sektor awam. Ia menunjukkan kerajaan Singapura begitu mementingkan produktiviti seorang pekerja dan ini menyumbang secara tidak langsung  kepada pertumbuhan ekonomi negara Singapura. Negara Malaysia harus mengambil Singapore sebagai contoh modelling dari segi pentadbiran negara. Justeru beberapa semakan perlu dilakukan supaya pendapatan yang dicapai oleh kakitangan awam negara Malaysia  benar –benar menunjukkan telah mencapai ke tahap memuaskan selaras dengan tahap kadar pertumbuhan ekonomi negara.  Ia juga bertujuan mewujudkan pendapatan yang kompetitif berbanding dengan sektor swasta dan  memastikan kakitangan awam bekerja lebih efisien.

CUEPAS sebagai badan induk kesatuan sekerja sektor awam, telah menuntut ketidakadilan pada sistem yang sedia ada. Antaranya 7 tuntutan ialah :

1.    Pemindahan mata gaji yang kurang adil.
2.    Kekananan tidak diberi pengiktirafan
3.    Gaji maksimum
4.    Gred yang kekal dan tiada pergerakan
5.    Kenaikan gaji 7-13 %
6.    Penukaran gelaran jawatan
7.    Jurang gaji antara kumpulan pengurusan tertinggi dan kumpulan pelaksana.

Dengan kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat di bandar , kakitangan awam yang berada dalam kategori rendah dan sederhana haruslah diberi perhatian daripada pelbagai pihak. Justeru , gaji minimum harus diberikan kepada semua penjawat awam khasnya daripada kumpulan sokongan  agar ia melepasi garis kemiskinan di bandar mahupun di luar bandar. Kumpulan sokongan adalah penting kerana ia menjadi tulang belakang jentera sektor awam dan memberi kekuatan kepada kerajaan.

Maka , PM bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.Kesimpulannya , kerajaan Malaysia harus mewujudkan sistem gaji kakitangan awam yang munasabah untuk mengurangkan kos sara hidup yang kian meningkat dari masa ke semasa.