Thursday, March 8, 2012

Ke arah negara yang berpendapatan tinggi


Pengumuman pembatalan pelaksanaan SBPA dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia ( SSM ) dengan beberapa penambahbaikan  untuk pelarasan gaji yang lebih adil  adalah sesuatu tindakan yang bijak dan disambut baik oleh 1.4 juta penjawat awam di Malaysia.

Di negara maju mahupun negara membangun seperti Singapura, skim gaji kakitangan awam adalah lebih tinggi daripada sektor awam. Ia menunjukkan kerajaan Singapura begitu mementingkan produktiviti seorang pekerja dan ini menyumbang secara tidak langsung  kepada pertumbuhan ekonomi negara Singapura. Negara Malaysia harus mengambil Singapore sebagai contoh modelling dari segi pentadbiran negara. Justeru beberapa semakan perlu dilakukan supaya pendapatan yang dicapai oleh kakitangan awam negara Malaysia  benar –benar menunjukkan telah mencapai ke tahap memuaskan selaras dengan tahap kadar pertumbuhan ekonomi negara.  Ia juga bertujuan mewujudkan pendapatan yang kompetitif berbanding dengan sektor swasta dan  memastikan kakitangan awam bekerja lebih efisien.

CUEPAS sebagai badan induk kesatuan sekerja sektor awam, telah menuntut ketidakadilan pada sistem yang sedia ada. Antaranya 7 tuntutan ialah :

1.    Pemindahan mata gaji yang kurang adil.
2.    Kekananan tidak diberi pengiktirafan
3.    Gaji maksimum
4.    Gred yang kekal dan tiada pergerakan
5.    Kenaikan gaji 7-13 %
6.    Penukaran gelaran jawatan
7.    Jurang gaji antara kumpulan pengurusan tertinggi dan kumpulan pelaksana.

Dengan kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat di bandar , kakitangan awam yang berada dalam kategori rendah dan sederhana haruslah diberi perhatian daripada pelbagai pihak. Justeru , gaji minimum harus diberikan kepada semua penjawat awam khasnya daripada kumpulan sokongan  agar ia melepasi garis kemiskinan di bandar mahupun di luar bandar. Kumpulan sokongan adalah penting kerana ia menjadi tulang belakang jentera sektor awam dan memberi kekuatan kepada kerajaan.

Maka , PM bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.Kesimpulannya , kerajaan Malaysia harus mewujudkan sistem gaji kakitangan awam yang munasabah untuk mengurangkan kos sara hidup yang kian meningkat dari masa ke semasa. 

No comments: