Wednesday, February 15, 2012

Akta Perlindungan Data Peribadi


Pada  10 Feb 2012 – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim telah merasmikan Majlis Pelancaran Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Dengan pelaksanaan akta ini , akan  membawa kebaikan kepada semua pihak di mana semua pihak yang memproses data peribadi pengguna harus mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data peribadi 2010. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikecualikan demi tujuan kelancaran proses  semakan dan siasatan.
Akta Perlindungan Data Peribadi mengandungi 7 prinsip amalan pengendalian maklumat . Antaranya ialah :
1.    Prinsip Am
2.    Prinsip Notis dan Pilihan
3.    Prinsip Penzahiran
4.    Prinsip Keselamatan
5.    Prinsip Penyimpanan
6.    Prinsip Integriti Data
7.    Prinsip Akses

Prinsip Am mengandungi pemprosesan data peribadi oleh pihak tertentu atau sebuah organisasi seharusnya untuk tujuan yang sah dan mendapat kebenaran individu serta setakat mencukupi sahaja dan tidak berlebihan .

Prinsip Notis mengandungi pihak berkuasa harus memberitahu pengguna / client dengan tujuan data digunakan dan memberitahu pihak ketiga akan mengakses data peribadi tersebut.

Prinsip Penzahiran mengandungi data peribadi tidak boleh didedahkan kepada pihak lain tanpa persetujuan daripada pengguna .

Prinsip Keselamatan mengandungi pengguna data peribadi seharusnya mengambil langkah-langkah keselamatan berhubung dengan pemprosesan data peribadi supaya tidak berlaku kehilangan data, penyalahgunaan data dan penggunaan data yang tidak sah serta akses secara tidak sengaja oleh pihak yang ketiga .

Prinsip Penyimpanan mengandungi data-data tidak boleh disimpan lama dari yang diperlukan dan harus dimusnahkan jika data-data tidak digunakan lagi.Data peribadi pengguna tidak boleh disimpan selamanya.

Prinsip Integriti Data mengandungi data peribadi yang sedia ada hendaklah sentiasa tepat , betul , lengkap , di kemas kini dan tidak mengelirukan  serta dipercayai untuk diguna berhubung dengan tujuan yang sah .

Prinsip Akses mengandungi subjek data hendak diberi akses kepada data peribadi serta boleh membetulkan, meminda atau membatalkan data yang tidak tepat.

Pada zaman teknologi yang canggih hari ini , banyak perkara akan berlaku . Akta ini amat    penting untuk menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab menjual data peribadi kepada pihak ketiga demi kepentingan individu dan juga tujuan pemasaran . Peraturan –peraturan ini harus disebarkan kepada badan-badan NGO, syarikat swasta , agensi-agensi kerajaan supaya mendidik orang awam atau pekerja sebuah organisasi demi melindungi data peribadi mereka.  Kesimpulannya , perlindungan data peribadi amat penting untuk menjamin negara Malaysia menjadi negara yang maju dan makmur pada tahun 2020.

Thursday, February 2, 2012

Akta Perhubungan Kaum


Kerajaan ingin mengenalkan Akta Perhubungan Kaum untuk mengelakkan diskriminasi kaum di Malaysia. Akta ini menghalang diskriminasi dari segi kaum, warna , etnik dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan kegiatan awam. Akta ini akan mempromosi persamaan kaum dan membentukkan prosedur untuk mengelakkan diskriminasi kaum. Jika akta ini dilaksanakan, akan memberi kesan yang positif kepada semua kaum . Antara kesannya adalah seperti berikut: -
·         Kemasukan dalam Institusi tinggi adalah berdasarkan keputusan dan kuota yang sedia ada 
         dihapuskan.
·         Setiap syarikat dapat memohon perbendaharaan  tidak mengira pemegang syer.
·         Setiap syarikat boleh didaftar sebagai kontrator tidak mengira kaum atau taraf.
·         Biasiswa karajaan diberi berdasarkan keputusan yang terbaik dan tidak ada peruntukan 
         khas untuk kaum tertentu.
·         Kenaikan pangkat dalam jabatan kerajaan berdasarkan prestasi perkerjaan yang baik.