Thursday, November 3, 2011

Kes Pembuangan Bayi


Kes pembuangan bayi menjadi satu fenomena di kalangan belia hari ini dan ini merunsingkan pemimpin negara Malaysia. Kebanyakan kes ini berlaku di asrama , flat perumahan dan di kawasan kampung di mana penduduk yang mempunyai pendapatan rendah. Kejadian ini amat menyedihkan kerana ada sesetengah ibu mencampak anak yang dilahirkan ke dalam longkang dari bangunan  tinggi.    
Persoalannya kenapa kes-kes pembuangan bayi semakin berleluasa ? Adakah belia-belia negara ini tidak berperasaan dan tidak berkeperimanusian ?  Bagaimanakah masalah sosial ini dapat dibendung ? Apakah peranan kerajaan dan badan NGO dalam penyelesaian masalah ini ?
Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Belia dan Kementerian Wanita harus memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah ini. Belia perlu didedahkan terhadap pendidikan seks. Masyarakat kita terutama golongan ibu-bapa masih  tidak rela dan bebas membincangkan seks dengan anak-anaknya. Belia yang tidak mendapat pendidikan yang lengkap tentang seks akan melakukannya tanpa disedari oleh ibu-bapa. Malahan ada sesetengah ibu-bapa tidak tahu anak perempuan mereka telah berhamil. Kejadian ini banyak berlaku di mana ibu-bapa tidak memberi perhatian individu kepada anak-anak mereka sehingga anak mereka melahirkan bayi dan bayi tersebut  dicampak di tepi sungai, longkang, dan dalam tong sampa serta perigi .  Siapa yang harus dipersalahkan ? Remaja, Ibu-bapa , pihak sekolah atau masyarakat ???
Peranan  belia adalah amat penting sebagai pemangkin transformasi negara untuk ke arah menjana pendapatan tinggi pada tahun 2020. Memandangkan peranan remaja merupakan aset kekayaan negara dalam mencorakkan masa depan negara , maka langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak kerajaan dan swasta untuk membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa. 

No comments: