Perkhidmatan Internet diperkenalkan di negara Malaysia sejak tahun 1987. Akibat perkembangan teknologi yang semakin canggih menyebabkan rakyat Malaysia boleh mendapat informasi dengan mudah dan boleh menjelajah ke mana sahaja. Era globalisasi yang tidak mengenal batas, waktu dan ruang menyebabkan seseorang individu mudah mendapat informasi yang lengkap dengan satu “klik mouse”.
Pengedaran dan penjualan VCD dan DVD lucah yang semakin berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Seseorang individu boleh menonton filem-filem lucah dengan mengklik “ mouse “ dengan tangan. Terdapat sesetengah kakitangan pejabat sektor swasta menggunakan masa pejabat atau selepas waktu bekerja melayari laman-laman sesawang pornografi. Kakitangan pejabat ketagih menonton gambar-gambar lucah sehingga menjejaskan prestasi kerja mereka. Mereka hilang perhatian dan tidak bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan oleh majikan mereka kerana pemikiran menjadi celaru dengan imej-imej lucah yang sentiasa terpampang di dalam minda mereka. Fenomena gangguan seksual di tempat kerja bukanlah satu fenomena yang baru. Pekerja wanita sering menjadi mangsa gangguan seksual dan merupakan masalah sosial yang semakin meruncing pada hari ini. Gangguan seksual telah menjadi isu global yang hangat dibincangkan di negara Malaysia bahkan di luar negara.
Kes-kes rogol dan pembuangan bayi yang dilaporkan oleh pihak polis semakin meningkat dari setahun ke setahun. Trend ini jelas menunjukkan keruntuhan moral dan akhlak di kalangan rakyat Malaysia terutama golongan belia. Fenomena ini menjadi semakin gawat dan cukup membimbangkan sesetengah pihak kerana gejala ini akan memjejaskan matlamat kerajaan untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Akibat dirogol oleh teman lelakinya, anak gadis terpaksa melahirkan anak luar nikah dan membuang bayi di tepi longkang, tandas , tong sampah , tepi sungai serta dicampak dari rumah flat tanpa ada sikap kemanusiaan.
Langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi gejala sosial yang tidak sihat terus berlaku. Antaranya menyekat dan mengekang pornografi siber mudah didapati di Internet terutamanya video-video seks . Kerajaan seharusnya mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap kafe siber seperti bilik Internet tidak boleh gelap dan skrin monitor dapat dipandang orang ramai . Ibu- bapa memainkan peranan yang penting dalam mengekang dan melindungi anak-anak mereka daripada terdedah kepada laman-laman sesawang pornografi. Ibu bapa boleh menggunakan perisian penapisan kandungan di rumahnya supaya menghalang akses ke laman web pornografi. Ibu bapa harus sentiasa mengawal dan mengambil tahu apabila anak mereka melayari laman web. Selain itu , ibu bapa harus menjalin hubungan yang baik dengan anak mereka supaya menjauhi daripada melakukan perbuatan yang tidak dapat diterima oleh ahli keluarganya.
Akibat perkembangan teknologi komunikasi yang pesat , masyarakat menjadi makmur dan meningkatkan kesempatan kerja serta meningkatkan produktiviti negara. Tetapi ia juga memberi impak negatif jika rakyat Malaysia menyalahgunakan kemudahan internet yang disediakan oleh kerajaan .
Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan internet ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral golongan muda kita. Ia amat perlu dilaksanakan supaya mewujudkan satu masyarakat yang mempunyai jati diri yang baik.
No comments:
Post a Comment